1 mei lepas yang juga cuti hari pekerja adalah Hari paling penting dalam keluarga kami, iaitu Hari jadi anak mummy Qaysara, (Qaysara Zulfaa Ez-zehra) tak sangka anak mummy yang lahir semasa kandungan mummy baru 7 bulan. Adik Qaysara terpaksa tinggal diwad kerana kuning yang terlalu tinggi dan terpaksa tukar darah begitu runtun jiwa ketika itu. Tak sangka dah setahun adik qaysara Menggembirakan kami dengan keletah comelnyer yang manja dengan senyum tangis, mencebik air mata, yang selalu kejutkan diwaktu pagi minum susu Mummy.

Adik Qaysara suka tengok rama-rama terbang, melihat sang semut merayap dilantai rumah sambil senyum bermain dengan semut sambil jejari mahu memegang semut hitam comel menghurung cebisan biskutnyer yang jatuh kelantai, yang juga penggemar nasi bubur yang berisikan jagung, kentang & ikan salmon ternganga-ngaga menunggu saat makan mmmm. Sekarang Qaysara dah pandai bertatih, dah pandai kacau abang main Ultraman, yang paling suka masuk bilik air senyap2. dan tak lupa suka MMMUAHHH mummy, daddy & abang, yang suka senyum nampak gigi 2 batang yang comel.

adik Qaysara penyeri keluarga ini dengan celotehnyer sejak dari bangun tidur hinggalah saat masuk tidur merengek nak minum susu mummy untuk melelapkan matanya.
QAYSARA yang CUTE dari kepala hingga kekaki yang mencuit hati Mummy, Daddy & Abang Uwais. Hadiah yang tak ternilai harganya untuk Kami. syukur kepada ilahi. Alhamdullillah
HAPPY BIRTHDAY QAYSARA



